Malaikat Suka Duduk dalam Majlis Zikir
Dari
Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah
Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir,
sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama
orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain.
Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu
dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit
dunia.
Apabila
majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu
Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu
semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang
dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan
tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui
tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT
mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai
para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para
malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT
bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata
para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."
Berfiman
Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya
dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat:
"Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon
bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu
supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para
malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?"
Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu
itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan
darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."
Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya
Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman:
"Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan
memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang
mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka
itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk
bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu
pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir
itu, tidak ada yang celaka."
wahh.. thanks dah di ingatin ya ir :')
BalasHapusalhamdulillah kalo berhasil jadi pengingat.. :)
BalasHapus